Doodle Onesie

/ Leave a Comment
Assalam/Hi semua,


Entri ni dah lama dalam draft saya. Tak de masa nak upload gambar.
Masih ingat lagi tak entri pasal onesie yang saya beli 1 free 1?

Salah satu onesie yang saya beli color kelabu. Nampak cantik sangat dan cawatnya agak besar.
Sorry, kena senget tengok sbb malas nak 'rotate' kannya

Ok, agak plain kan?
Jadi saya nak 'menconteng' baju ni biar nampak ada awan larat sikit. Teknik yang sama saya pakai masa buat legging ritu.


Sebelum melukis, kita kena lapik dulu dengan kertas keras atau kotak. Macam saya buat ni saya ambik kotak mainan anak saya saya gunting biar ngam2 dengan saiz baju. Pelapik ni penting supaya bila kita melukis lukisan itu tak herot perot dan senang nak adjust.

Puffy paint beli dengan Mas Craft


Corak dimulakan dengan dot - dot. Saya tak sketch dahulu sebab sengaja buat begitu sebab nak cepat. Jika you all ada rubber stamp boleh stamped di atas baju supaya corak lebih cantik. Walaupun saya ada rubber stamp di rumah sendiri, tapi saya sekarang berada di rumah parents, so, takdelah stok stamp. Redah jelah. FYI, saya bukan budak art atau seorang yang pandai melukis.


Saya nak corak doodle sahaja. Dalam erti kata lain corak inai.


Nilah hasilnya bila dah siap lukis. Abaikan ketidak keseragaman corak yer sebab macam saya katakan tadi saya tidak pandai melukis tapi saya cuba berhati-hati dan cuba sedaya upaya supaya corak ini menjadi.



Ohya, saya nak berkongsi tips bagi yang baru guna puffy paint. Saya tidak ceritakan perihal ini dalam entri lepas. Puffy paint ni bila kita lukis paint tersebut berkilat dan bila kita keringkan dalam 4-5jam, dia masih ada rasa sticky. Tapi xdelah sampai menjejaskan corak tersebut. kalau kena besi lagi terasa lekitnya. So masa nak keringkan jangan dekat besi.

Dah namanya puffy paint jadi dia akan mengembang. Macamana dia akan mengembang? Bila kita siap lukis kita perlu gunakan hot gun/hair dyer untuk  mengembangkannya.



Tapi macamana jika tak ada hot gun/hair dyer?

Buat macam saya buat. Saya guna iron. Saya tak direct letak iron pada corak tapi disebabkan saya pakai stim iron saya hanya layang2 kan iron dengan haba stim di atas corak. Saya juga cuba kaedah tanpa stim. Saya letakkan iron dibelakang baju yang ada corak. Lama la sikit effect tu nak jadi tapi it Works!

0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.