DIY Baby Wrap : End of journey

/ Leave a Comment
Assalamualaikum/Hi,

Masih ingat entri yang lepas mengenai pencarian kain Osnaburg saya tu? Saya gagal mencarinya tetapi saya beli kain Linen Blend. Dalam waktu yang sama, kawan2 di group Malaysian Babywearers DIY and Support pun sama membincangkan isu Osnaburg ni. Tetapi, ada member group ni suggest KAIN MORI untuk di jadikan wrap. Dan, ada mommies pun rekemen kain yang sama. Katanya kain Mori ni adalah kain yang digunakan untuk buat batik. So, saya berterima kasih kepada rakan FB Liana Heir kerana sudi tolong membelikan kain ini di Mersing. Kain ni takdelah mahal sangat compare dengan Linen Blend yang saya beli di Spotlight. RM4.50/meter.

Saya beli 5 meter, dan lebarnya just nice xperlu nak potong2..
Sifat kain ini mengecut, jadi saya basuh dulu kain ini buat pertama kali dengan sabun.
My Favorite baby detergent.

Keesokan harinya, barulah permainan warna bermula. Saya gunakan dye brand DYLON sebab ianya selamat untuk bayi dan mudah dibeli secara online sahaja. Juga, mudah digunakan, just follow instructions yang diberikan.

Start dari bancuh air garam dengan air panas. Sementara tu, kain kasi lembab dulu.
Color pilihan : Flamingo Pink
Marvelous
Setelah gaul rata air garam & air bancuhan dye baru masukkan kain lembab.
Ketika ini, air ditambah lagi supaya menjadi ombre/tone

Rendam kan dulu. Sementara itu, saya sediakan bancuhan kedua untuk hujung sebelah lagi. Yang ni, ikut selera sendiri la yer.. saya nak color di edges shaja. U all boleh buat macam-macam kaedah.

Bahama Blue
Comot sikit sebab masa tuang larutan dye terpecik-pecik.
Beginilah rupanya side by side
Ketika ini saya tambahkan air paip lagi ke dalam color biru
Nampak tak? disebabkan larutan cair sangat color biru ni dah bleeding.
Color merah juga saya tambahkan air.
Saya biarkan kain direndam di dalam larutan dye dari pagi sampai dekat nak maghrib. Berpanas lagi bagus. Malam baru saya angkat dan cuci dengan sabun 4-5 kali.

Dan hasilnya,

P/S: Saya memang nak tunjuk kain ni bila pakai. Tapi baby saya ni bila nak ambik gambar je asyik meragam. Nanti bila ada gambar saya akan update entri ni semula ok.

Update 29/01/2015:
Sedikit update pasal kain Osnaburg ni. Seperti diduga, kita tak boleh bergantung nama terutama nama dari US sebab di region lain panggilan nya lain. Setelah bertanya dengan kawan kraf, sorang kakak yang lama berkecimpung dalam dunia fabric, dia ada bagitau Osbaburg = kain Belacu = boleh juga pakai Calico.

0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.