BabyWearing : Adakah anda mama BW?

/ Leave a Comment
Assalamualaikum/Hi,

Wahh tajuk dasyat je kan? tapi pada orang yang dah lama mencubanya tak jadi masalah. Yang bermasalah adalah orang baru macam saya ni. Selalunya kita hanya nampak wanita Indonesia atau orang pendalaman tak kira dari Malaysia ke atau luar negara yang selalu kendong anak pakai batik lepas atau kain cotton.

Kita pun rasa macam tak best jek, mulalah hati jahat ni kata old style la, ketinggalan zaman la.. Tapi tahukah kita, fahamkah kita rupanya kaedah ini sangat bagus untuk bayi dan juga kita terutamanya bila buat kerja dan juga berjalan di luar rumah. Dari keselamatan tentulah terjaga sebab baby sentiasa dekat dengan kita. Begitu juga kita, boleh buat kerja/jalan-jalan tanpa gangguan anak merengek2/menangis nak dukung. Macam saya, kalau pergi jalan-jalan, anak tak mau duduk dalam stroller.. penat je sorong stroller lastly, nak dukung juga.


Sekarang ni kaedah kendong anak dah di modenkan dengan style yang siap jahit tak perlu lagi nak melilit kalau susah sangat nak buat macam saya ni. Dah banyak kali tengok masih xfaham2.
kalau tengok ibu-ibu yang wrap anak mereka.. nampak sangat comfort je baby dan ibu tu. Seronok je tengok. Cer tengk gambar2 di bawah ini.


Itu kalau nak wrap la guna kain 4-5m panjang. Kalau nak cara lain yang xsusah nak pakai ada plak Mei Tai, half buckle. tapi cara yang paling cepat adalah SSC Full Buckle. oo Semestinya saya pilih full buckle senang. Cuma ada la sikit adjustment kalau carrier kita tu berkongsi dengan pasangan kita terutama kalau pasangan kita berlainan tinggi nya. SO pilhan di tangan anda.



KENAPA BABY CARRIER LEBIH MESRA BERBANDING STROLLER?
  • lebih murah dan mampu milik.
  • senang nak dukung.
  • baby lebih tenang kerana dekat dalam dakapan kita.
  • baby selesa nak tidur.
  • mudah untuk berjalan/shopping/buat kerja harian.
  • mudah nak pegang barang, pada masa yang sama dukung baby.
  • senang kalau hendak ke tempat yg ramai orang spt pasar malam, supermarket, holiday.
  • kurang penggunaan ruang untuk menyimpan dan membawa.
  • stroller akan ambil ruang dlm kereta.
  • Sangat practical kalau nak jalan-jalan holiday sbb tak perlu bwk banyak barang dan cepat, ringkas nak pakai.
  • corak dan jenis yang pelbagai dan menarik menampakkan si pemakai lebih anggun dan stylish.

TETAPI, hati-hati dengan carrier yang ada dipasaran kerana cara pemakaiannya akan meyakitkan anak kita terutama di celah kelangkangnya. Dia akan menangis duduk di dalam tu. Ini terjadi kepada kami masa pergi bercuti di Singapore 3 tahun lepas. Selepas kejadian tu kami xnak pahai dah carrier yang pada kami semua carrier sama jek kalau beli.

First few minutes
Later, langsung xnak masuk


So, tahun ni baby baru kami dah setahun dah baru la dapat ilmu pasal Baby Wearing ni.. alahai , tulah dulu xmau google-google cari maklumat pasal kendong anak ni..



Ada bear ear lagi.

jatuh cinta dengan design-design macam ni.

Pilihan di tangan anda. Nak pilih pakai apa? Kalau saya, sya pilih MeiTai dan SSC Full Buckle.
Alang2 nk beli, nk juga yg cantik2, alah membeli benang memakai. tapi, SSC Malaysian Made sllu je penuh slot cthnya Snuggbaby, Jumpsac. klu nk direct terus dari oversea pun boleh.


Nak beli carrier jenama LennyLamb? Click je kat bawah ni.








Baby wraps/Ergonomic Carrier/MeiTai
http://en.lennylamb.com
http://en.lennylamb.com/woven_baby_wraps

0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.