Dye Sarung Cushion

/ 4 comments
Sebelum berpindah kami husband & wife ada beli outdoor chair. Kerusi ni siap percuma cushion 2 pasang berserta lapik duduk. Saya minta color biru turquoise atau hijau jika ada. Tokei kedai kata dorg ada biru  turquoise dalam stock dan itu mengembiarakan saya!

Hari penghantaran kerusi, hanya husband yang balik rumah sebab dorang buat penghantaran waktu kerja. Bila saya balik, rupanya cushion tidak seperti yang dijanjikan. Saya hanya dapat cushion color putih. Nak tak nak terima jelah tapi dalam hati nak ke Viva Home tukar cushion tersebut. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, kami tak pun ke Viva Home. Akhirnya saya buka je plastik pembalut cushion dan pakai.
Rasa plain jek.
Color yang berkenan.

Dalam hati ni membuak-buak rasa nak tukar color. Jadi, saya pun google mengenai dye. Selalu nampak dye nama Dylon kat Ace Hardware tapi tak pernah baca info lanjut mengenainya. Bila cari maklumat, maka saya decide beli Dylon.

Kebetulan husband ajak tengok wayang citer Gravity kat Imax, Sunway Piramid. Saya ambik  kesempatan singgah Ace Hardware tapi cawangan Sunway tak banyak pilihan color dye dan juga spray paint seperti The Mines walaupun size kedai di Sunway lebih besar.

Saya berminat dengan Bahama Blue tapi takde stok menyebabkan saya ambik Multi-Purpose Dye Kingfisher color (ada sebab kenapa saya bold kan nama ni, baca di bawah). Saya beli satu sachet sahaja.


Malam hari, bila dah nak guna baru saya baca cara-cara menggunakan dye tersebut. huhuhuuh... know what? Satu paket ni actually tak cukup nak menampung 2 sarung cushion 16x16, 2 sarung cushion bulat. Tapi, perasaan nak meng dye tu cukup tinggi.


{1} Basahkan sarung cushion dan biarkan lembab

{2} Bancuh dye dengan air suam, kacau dengan lidi satay sehingga larut sepenuhnya.
{3) Dalam bekas lain, campurkan air (saya gunakan air paip) dengan garam. Sukatan boleh rujuk pada bungkusan dye.
{4} Campurkan larutan dye ke dalam air garam tadi.

{5} Gaulkan sehingga rata dye dan air garam.
{6} Rendamkan sarung cushion. Saya rendam dekat sejam. Nampak tak betapa cantiknya color     kingfisher tu? (Masa gambar ni diambil baru seminit saya rendam sarung cushion, hati saya sangat happy tak sabar tunggu hasilnya)

Walaubagaimanapun, seperti yang saya ceritakan dari awal tadi, saya hanya gunakan sepeket Multi-purpose dye. Walaupun pada awalnya (dalam seminit) nampak sangat cantik tetapi selepas sejam, hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Saya gagal dye sarung cushion pada malam ini.



Kesilapan #1 : 
Untuk pengetahuan setiap 250g fabric bersamaan dengan sepeket dye. Saya dye fabric tanpa menimbang berat.

Kesilapan #2:
Saya guna Multi-purpose dye, bermakna kena bancuh dengan air suam dan air garam juga kenalah guna bersama air suam untuk lebih penyerapan. Saya hanya gun:a air paip.

Kesilapan #3:
Kenali fabric anda. Jika cotton tiada masalah, tapi polyster, nylon memang sukar. Bab ni paling saya tak pandai. Sarung saya jenis apa yer?

Oh... saya tak snap plak gambar sarung cushion sebab sedih hahahah...
Untuk pengetahuan bila kita dah rendam dalam dye kita kena basuh dengan air paip dan detergent untuk remove any traces of dye. Bayangkanlah dah la tidak berapa melekat warna dan basuh lagi so color yang melekat pada cushion hanyalah dull sahaja.


TAPI, air dye tersebut saya tidak buang, sebaliknya saya try-n-error dengan kain cotton.
Nanti saya share kan pada post akan datang.

4 comments :

  1. Thnks for this info.sya tgh cri cara nk dye sofa cover.xde plak svc mcm tu kat msia ni :'(

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi pengalaman.ia membantu sy

    ReplyDelete
  3. Dkt mna boleh dapatkan dye tu?

    ReplyDelete
  4. Boleh beli di Ace Hardware atau online shop :
    http://www.creativecottageonline.com/eshop/m-dylon_dye.php
    https://wmsmarketing.com/products.php?brand=2

    ReplyDelete

Powered by Blogger.