DIY baby wrap : 1st Journey

/ 2 comments

Assalamualaikum/Hi, sejak ada kesedaran baby wearing ni, meluap2 rasa nak ber 'BW'.
Macam-macam yang dibaca untuk tambah pengetahuan, tapi masih sedikit lagi ilmunya.
Sementelah pula join group Malaysia Baby Wearers . Seriuosly guys, group ni macam berhantu. Why? sebab dorg akan post gambar carrier/wrap kepunyaan mereka samada dah ada/akan beli/idaman.

Ok, saya sebenarnya dah order Mei Tai dari LennyLamb. Tetapi item nya masih dalam perjalanan.
Sambil2 tu belajar juga pasal wrap. Mcm xsesuai untuk saya yg nak pantas bergerak. Nampak renyah tapi mcm best jek.. Jadi perasaan nak mencuba pun ada. Yang jadi problemnya adalah wrap yang commercial woven tu mahal sgt harganya. Saya dah order MeiTai dan dalam proses membeli SSC dgn MGG, jadi saya tak mahu menghabiskan terlalu banyak wang untuk wrap (walaupun sebenarnya mengikut logik akal saya, wrap ni lebih valuable dr segi wang sbb boleh pakai & adjust mengikut panel badan & size anak). So saya mula mencari maklumat mengenai DIY wrap ni.

Paling penting adalah materialnya. Dari pembacaan, mak-mak yang ada di US, mereka suggest Osnaburg. Apa itu Osnaburg? baca sini. Tetapi pada mak-mak yang sangat mementingkan budget mereka suggest 3 helai T-Shirt yang diubahsuai. Sebab, t-shirt stretchable dan boleh wrap baby dengan baik lagipun xpanas sangat. Saya xpandai menjahit. Jadi pilihan fabric panjang dari kedai lebih memudahkan saya.

Mana nak dapat kain Osnaburg ni? Cari punya cari, Sportlight ada jual. Cer tengok yang saya hightlightkan di bawah kanan tu.

Maka, pencarian bermula di Spotlight Malaysia dia Ampang Point. Bila sampai kedai, tanya punya tanya sorg2 terpingga2.. Saya juga tunjuk gambar seperti di atas dan juga rupa materialnya. Pastu ada yg bgtau : baru semalam ada org called tya pasal kain tu.
 Okay, then ada tak? Mereka semua xtahu.. jadi saya explain dan tunjuk gambar kot kot dorg boleh cari di rack atau di dlm system mereka. Ternyata xde. Huhuhu sedih... Jadi dari pemahaman ilmu yg sikit ni dan gambar yang ada membuatkan saya teringat fabric OSnaburg ni macam kain yang sy pernah buat gift untuk tetamu perkahwinan adik saya 2 tahun dulu. Urat Kain yang jarak2 tapi kuat. Saya fikir mungkin anak tak panas dok dalam wrap tu nanti.



Pencarian Osnaburg tidak berjaya, tapi saya beli Linen sebagai ganti. Hopefully linen ni okay. Dan saya juga jumpa kain muslin yang sangat cantik.
Harga Muslin RM41.99/m yang ni belum less lagi.

cantik sangat pattern/design dia


 Dan, dua helai kain yang menarik perhatian saya RM5/m okla tu.


Apa yang saya nak buat selepas ini? Tunggu yer.

Note: Jika ada otai-otai BW yang baca entri ini dan ada teguran sila jangan malu2 comment atau email sy yer.

2 comments :

  1. kat kedai mana tu beli kain muslin tu ya...
    cantiknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi Firas,
      Di Spotlight Ampang Point. Juga boleh check di cawangan lain di IPC dan The Mines.

      Delete

Powered by Blogger.