Baby legging dari T-Shirt lama

/ 1 comment

Assalamualaikum/Hai,

Bila nak dapat second baby, saya ni xdelah excited membeli baju seperti anak pertama dulu. Lagipun macam yang saya terangkan sebeleum ni saya tak tahu jantina yang bakal lahir ketika pregnant. So, saya just basuh semula baju anak pertama dan mana yang nampak lusuh saya dye kan je bg nmpk macam baru.

Cuma saya gila beli onesies putih, sebab saya nak 'dye'kannya. Saya juga lupa, hujung tahun musim tengkujuh jadi cuaca agak sejuk la sikit.. Dah bersalin baru perasan anak saya ni hanya banyak baju & onesies sahaja. Kesian... dia pakai baju pastu bedungkan sahaja. Nak beli hmmm... bila nak kuar sementelah husband selalu tak ada. Saya decided buat sendiri jelah. Memandangkan saya di rumah parents, saya selongkar almari baju anak2 perempuan yang parents saya ada.. heheheh.. sorry la adik-adikku..

Lepas je bertungku, saya terus je memulakan operasi.
mangsa saya kali ni
Saya gunakan seluar yang paling selesa baby saya pakai. Kemudian saya lipat dua dan lukis outline seluar dengan menambah 1inci ukuran sedia ada diatas kertas. Ini kerana kita perlu ekstra bahagian untuk kita jahit nanti.


Dengan kertas sedia dipotong, saya lipat dua T-Shirt sebab sy mau satu bahagian seluar tu nanti xperlu dipotong. Macam gambar di atas, jadi kita xperlu jahit kiri dan kanan kaki seluar tu. Setelah lukis outline pada T-shirt, saya mula memotong T-Shirt. Ohya,kita perlukan 2 potongan, saya potong pada bahagian kiri dan kanan badan tshirt. Problem saya ialah satu bahagian kaki seluar tak cukup panjang. Jadi saya perlu buat sambungan dipinggang supaya getah dapat dimasukkan dan cawat tak tertalu pendek nanti.

 Untuk pengetahuan, saya ni sebenarnya TAK RETI GUNA MESIN JAHIT. Seluar yang saya buat ni 100% jahitan tangan.

Saya jahit bahagian punggung dahulu dengan menyambungkan kedua-dua belah bahagian yang dipotong, kemudian baru jahit bahagian depan. Siap bahagian tersebut, saya continue jahit bahagian kaki.

Bahagian punggung yang dijahit.
Teknik jahitan yang digunakan. Double protection la kononnya.
Hasil jahit insang pari & back stitch


Pandangan dari atas. Menunggu jahit bahagian kaki pula.
Seluar dah siap jahit di bahagian kaki, baru perasan ada stain. Nampak tak hasil jahitan tangan saya tu?

Sorry tak dapat nak share macamana saya sambungkan bahagian pinggang sebab berebut Samsung Tab dengan si abang. Sementara baby tidur saya sambung bahagian pinggang dengan melekakan si abang dengan tab.

Semasa habis jahit kaki seluar, saya turn ke bahagian luar untuk check jahitan. Alhamdulillah everything nampak ok. Saya puas hati yelah handmade tuu..Kalau u all guna mesin lagi lawa. Saya  juga perasan ada stain yang dicuci pun tak hilang. Saya dapat idea dengan cover stain dengan menggunakan Amos Puffy Paint yang dibeli dari Mas Craft


Sebagai kenangan, saya meminta Mak Uda & Mommy kepada baby untuk mencontengkan bahagian yang  ada stain tu.. maka terhasillah seperti di bawah.

Dot yang satu ni saya yang hasilkan sebab nak interframe.

 Nanti saya share gambar seluar ni yang dah siap jahit pada u all bila ada peluang guna tab.

1 comment :

  1. Salam Dina.. bagusnya idea ni.. lepas ni boleh pakat cari puffy pen. bukan setakat boleh conteng baju anak2, baju sendiri pun boleh.. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.