5mths pregnant & snorkeling.

/ Leave a Comment

Salam/Hi,
Lama sungguh tak update blog ni. Kali ni cakap Bahasa Melayu jelah.

Just nak share pengalaman yang dah lama diimpikan, cuma time dapat realisasi tu tak kena sikit. Baru-baru ni, company announced nak buat trip ke Pulau Tioman. Bila dah tau destinasi cepat2 la google mencari info aktiviti menarik. Sangat teruja bila tengok boleh diving, snorkeling, fish feeding and duty free zone. Seperti yang dikatakan tadi, kita ni mmg dah lama nak snorkeling tapi waktu tu baru pregnant 5bln (20w). Aishhhh....Husband kata:
"nape plak tak boleh? Baby kan dok dalam air, so xde masalahlah."

Logik juga kan? tapi untuk keselamatan, sekali Master G menjadi rujukan. Kali nak search boleh ke pompuan pregnant buat aktiviti tu? Kebanyakkan minah saleh pun mempunyai soalan yang sama rupanya. Dari pengalaman mereka yang telah jumpa doktor dan telah melakukan aktiviti ni, rata-rata kata selamat. So, happy nya! Dengan selamba xjumpa doktor minta advise.


Tiba masanya, kami pun bertolak dari office jam 12pm (office di Serdang) menaiki bas. Nak naik kapal terbang pun boleh tapi package kena tidur hotel Berjaya. Maknanya? Sangat mahallah kan. Kami naiki bas jelah dan memang dah rancang nak lalu jalan Kluang dan terus ke Mersing. Sampai2 je Mersing, Subuh pun masuk waktunya. Jadi kami semua solat di Masjid Jamek Mersing.


Selesai breakfast, tgu feri di Plaza D'Jeti. Agak lama gak la... tapi yang best bila feri sampai xpayah nak beratur panjang2 sebab dah booked awal2. Tak sangka feri 3 tingkat tu.. kami pilih dok dek bawah sekali. Dalam feri siap boleh karaoke lagi. So, bermulalah perjalanan ke pulau....sungguh xsangka 2 jam juga nak sampai. Ombak tak teruk sangat masa tu, rasamengantuk je sebab rasa terbuai2 dalam feri. Sedar2..ternampak pulau yang cantik. Cuba teka, nampak rupa apa?


Nampak macam puteri sedang beradu.hehehehe...

OK, setelah 2 jam baru sampai ke destinasi.



Malam tiada apa-apa aktiviti sebab kami baru menempuh perjalanan yang panjang lagipun esok banyak aktiviti yang perlukan tenaga. So tidur jelah lepas makan dan memilih jacket & goggle untuk esok. Mood Excited waktu ni.


Esoknya, seawal 8.30am gitu, kami semua ke jeti untuk ke pulau Berjaya, nape Berjaya? sebab ada hotel Berjaya. Dalam perjalanan nmpk satu rumah atas bukit yang sangat cantik. Kata tekong:
Itulah rumah Tun Mahathir 

Cantikkan? Rumah ni juga di pulau Berjaya. Kami shopping dulu sebelum selam. Apa yang best? Pada saya, coklat jelah yg nampak menarik. Beli D'aim je & Toblerone sahaja.

Lepas tu baru ke satu pulau lain untuk snorkeling. Pada mula ingatkan pemandu nak bawa kami ke satu tempat hanya kelompok kami je yang snorkel rupanya semua yang nak snorkeling 'dilonggokkan' setempat. So, ramai la orang.



Heheh.. saya ni sebenarnya tak pandai berenang, tapi sebab ada jacket buat pandai jek.. Cuma masa nak turun dari jeti tu hati-hati sebab tangga batu tu ada besi sekali sapa yang tak berhati2 akan cedera macam officemate kami. teruk juga kaki dia berdarah. Orang macam saya yang tak reti berenang jangan risau, sebab dari tangga jeti kita hanya perlu pergi ke platform yang diletakkan di tengah2 laut. So, kalau xnak turun dari platform pun boleh tapi xbest la kan. Dah bayar untuk snorkeling last2 dok je atas platform tu nak buat apa, buat rugi jek.

With DH
Sejam ber snorkeling xpuas rasanya. Tapi saya nasihatkan lepas snorkeling xpayah la makan sebab pening, nanti muntah plak.

Selepas snorkeling, kami dibawa ke satu pulau lain. Kali ini lebih adventure sebab pulau ni betul2 tengah2 laut. Kiranya yang kami snorkeling dijeti tadi seumpama warming up sahaja. Aktiviti ini namanya fish feeding. Coral sini sangat cantik (terbayang2 dalam ingatan), sorry xde gambar nak tunjuk coral tu. Di sini, current/arusnya sangat la deras.. kita kuak macamana pun dok kat situ juga. Saya hampir2 tersangkut kat bawah bot. Ngeri! Tak perasan sebab muka asyik tengok dalam laut je dan hanya mengapungkan badan. Ohya! kena hati2 lagi kalau berenang dekat dengan pesisir pulau sebab coral tajam.


Memang best!

Seharianlah kami di lautan berendam. Malam tu kami buat BBQ. Resort sediakan BBQ yang biasa bagi saya. Sebab takde seafood yang benar2 fresh bagi saya.

Overall, pengalaman di sini sangat seronok. Yang best macam senang je nak tengok ikan dan coral. Tepi laut pun dah nampak. Cer tengok gambar bawah ni,

School of fish ditepi jeti
Aktiviti lain yang ada :





2 hari selepas itu saya buat check-up dengan doktor. Alhamdulillah, baby ok xde masalah, pregnancy pun tak terjejas. Cuma letih sikit je.



0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.