DIY - Wood Block

/ Leave a Comment

Assalamualaikum/Hello peeps,

Jalan-jalan di IOI Mall,  masuk ke kedai Jepun RM5 (sorry tetiba blurr nama kedainya). Saya nampak pelbagai bentuk natural wooden block. Jadi saya terfikir untuk warnakan sendiri untuk baby saya.

Mesti korang tengok best kan color di atas, sumber inspirasi yang diambil dari http://jonesdesigncompany.com. Di blog ini Emily menggunakan water color. Niat dihati saya nak warnakan wooden block tersebut menggunakan bahan alami gitu. Sumber dari buah-buahan dan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja. Tambahan pula Mod Podge tidak ada stok. Kalau u all nak guna water color boleh baca step-by-step dalam blog Emily tersebut.

Jom tengok apa yang saya buat pada block tersebut.


Saya beli Dragonfruit dengan harapan nak colorkan merah.. Merah dari isi Dragonfruit ni pekat kan ala-ala magenta pun ada.


Sekali bila belah, kecewanya saya. Saya memang tak tahu macamana nak kenalpasti antara isi putih dengan isi merah. Saya main beli jek, sebab, sebelum ini setiap kali beli buah Dragonfruit mesti akan dapat isi color merah. Frust!


Saya cuba jugalah dengan menggunakan kulit buah ni. Lihat gambar di atas, nampak mcm berjaya kan?


Setelah di tenyeh-tenyeh kulit Dragonfruit ni saya dapati color memang tak lekat.
Dan, setelah lama dok tenyeh2, lendir pulak kat block tersebut.



So, saya basuh balik block tersebut. Color merah tidak berjaya, saya cuba buat color kuning. Apa bahan alami color kuning? Yes, kunyit. Sekali saya memang tak ada stok kunyit di rumah. Believe  it or not, kunyit tak pernah beli pun. Kecewa lagi. Apa yang saya ada hanyalah pewarna makanan.

Bermulalah episod dari nak guna bahan-bahan natural ke pewarna makanan. Saya colorkan block dengan color Kuning, Biru & Merah (nak guna Sirap pun boleh).



Satu-satu bahan natural yang berjaya saya guna hanyalah:


KOPI. Betul Kopi! LOL. Konon-konon kasi effect macam burn gitu.

Setelah color, saya jemurkan blocks tersebut. Lama juga, saya tak pasti berapa lama tapi dari sekitar jam 10pagi hingga matahari dah terbenam la. Mujur tak hujan.



Setelah jemur seharian nak bagi color melekat, malam tu saya basuh block tersebut supaya bila anak saya masuk mulut color tak luntur atau keluar. Dari gambar di atas memang garang je warnanya tapi bila dah basuh tinggal warna pastel sahaja. Keesokkan harinya saya jemur lagi bagi benar-benar kering.

Sorry, saya xsempat nak snap gambar. Bila blocks dah kering anak-anak saya main bersepah-sepah entah kemana. Yang si baby plak siap boleh gigit-gigit plak block tu sampai patah2 sisi nya.. dah macam bagi makan apple plak. Bahaya juga.

Sebab itu, gambar pertama di page ini di ambil dari blog orang lain yang lebih nampak cantik & mungkin, tak tahu la, kalau dah sapu Mod Podge lagi kukuh dan kalau gigit block xrapuh. You all boleh cuba.

http://jonesdesigncompany.com/children/


0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.