Kasut oh kasut

/ Leave a Comment
 

Assalamualaikum/Hi,
Percaya atau tidak umur dah 1 tahun 3 bulan anak saya still xde kasut, dulu masa raya tahun lepas ada la tapi bukan utk walking punya sebab dia baby lagi masa tu. Selama ni asyik berdukung atau pakai stokin sahaja. Kenapa erk? sebab dia xpandai jalan lagi. So, sempena dah seminggu dia dah boleh berjalan, saya pun ada la keinginan nak buat kan kasut untuk anak saya ni.


Material utama dari jeans.
Untuk tapak yang anti slip, saya gunakan net ni dari Ikea. Ni je yang ada ready stock di rumah. Tak nak membazir.

Tapak dari kasut raya tahun lepas.

fabric yang digunakan Giddy dari Moda, lama sangat simpan hampir 3 tahun lebih.

Sesi memilih padanan pattern fabric yang sesuai


Memilih padding yang sesuai
Akhirnya saya memilih corak ini sebagai kain di dalam kasut.

Saya hanya menggunakan mesin kecik ini sahaja tetapi secara jujurnya, jahitan tidak cantik dan benang senang tetas. Tak tahulah saya jika lama sangat mesin ini saya tidak gunakan. Sejak beli ni la baru nak buka dan pakai. Jangan di tanya tahun bila saya beli.

Testing, testing.... masa ni nampak senang benar kasut nak tercabut. Jadi, saya tambahkan riben.

Ni lah hasilnya.


Anda akan perasan,jahitan tidak berapa lawa.

0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.