Kalau anda ada baca entri saya sebelum ini, mesti ingat mengenai percubaan saya dye sarung cushion kan? Disebabkan percubaan pertama gagal, maka kali ini saya cuba lagi.
Kali ini saya ke Ace Hardware, The Mines. Sedihnya color Kingfisher tak ada pulak. Terpaksa tukar warna lain. Saya ambik China Blue - fabric dye for hand use dan saya juga beli spray paint lagi untuk projek bilik kraf saya.
Kali ini saya beli 2 paket. Kalau dari packaging dia, nampak sweet & vintage jek kan color China Blue ni?
Saya rendamkan sarung cushion saya 4 keping tu. Kali ni saya rendam semalaman.
Saya juga rendamkan onesie dengan cara rendam separuh bahagian sahaja sebab nak buat style ombre lagi.
Onesie ni saya beli di FOS, Yang paling best buy 1 free 1 pada harga RM13 sehelai bermakna satu jatuh RM6.50 sehelai. Pada saya oklah lgpun sebelum ni tak pernah jumpa yang lebih murah dari itu.Saya hanya borong 6 helai onesies, 4 putih & 2 helai berwarna. Tak mahulah terlalu excited sangat. Tunggu baby keluar dengan selamat baru saya nak start buat projek baby yang lain termasuk projek yang saya tangguh dari anak pertama dulu ( lagi projek tertangguh).
Berbalik pada sarung cushion saya. Selepas semalaman dan basuh nampknya sarung cushion saya tidak banyak berubah colornya. Yang paling sedih, dah la beli 2 peket dye dengan harga RM19.80 tapi hasilnya macam guna nila jek. Jadi, kesimpulan yang saya dapat, fabric cushion saya mungkin polyester dan tak sesuai untuk di dye kan.
Onesie saya?
![]() |
First Ombre Onesie saya |
Ohya, dalam masa yang sama saya ada cuba dye napkin, ombre napkin. Nanti saya share kan gambarnya.
0 comments :
Post a Comment