Projek Tertangguh 1 : Tab Cover

/ Leave a Comment

Projek ni dah lama sangat tertangguh, imagine dari bulan 6 tahun lepas lagi dah beli material dia.

Bila tab sudah tidak ada cover dan mula terbukak plastik cover, saya rajinkan juga diri menyiapkannya.

Material yang saya gunakan ialah washable kraft paper. Kenapa saya guna material  ni? sebab saya fikir kalau kena air ok je dan saya plan nak buat corak dengan die cut paper dan tampal di atas felt.
Macam  cover di bawah ni.



Source: GoogleSource: Bamboo CoverSource: Faux Grass Cover


Plan hanya tinggal plan, bila big shot saya rosak, maka saya terpaksa tukar plan lain.

Saya gunakan 2 keping hardboard sebagai base mengikut ukuran tab saya (tab 7plus) dan gamkan dengan kraft paper ni. Saya jarakkan antara hardboard supaya bila kita nak lipat cover tu nanti ada gap.

Base cover
Bila saya dah gamkan hardboard dengan kraft paper, saya jahitkan 100% wool felt di atasnya.
Dah siap jahit base dan felt, kemudian terus tak buat apa-apa. 
Felt yang saya gunakan jenis wool sebab sangat lembut.

Sehinggalah 2 minggu lepas saya jahit getah (hanya gunakan getah yang letak kat seluar) supaya senang letakkan tab. Jahit dengan tangan sahaja sebab saya tidak ada mesin jahit.
 

Dan sabtu lepas, saya attached kan dengan snap button (beli dengan Fabric Fanatic).

Snap button
Abaikan jahitan yang tak catik itu yer.


2-way cover : envelope style (perasan!)
Bentuk biasa-biasa jek

So, siaplah cover tab saya ni.. kira dah boleh berfungsi lah... tapi bila lihat kecacatan jahitan tu membuatkan saya tidak puas hati dengan hasil ni. Maka idea pun datang.

Dengan menggunakan material yang ada di rumah, saya berbelah bagi samada nak guna stickle atau dimensional fabric paint.

Gold atau Silver?Tulip dimensional paint


Disebabkan saya ni tak pandai nak melukis corak, corak ala-ala macam inai dijari, maka saya abaikan penggunaan paint. Saya memilih untuk buat kerja cepat dan mudah, Stickle la jawapannya. Saya tak tahu color apa yang menonjol nanti bila apply atas kraft paper, jadi saya campurkan color Gold & Silver (2 color tu je yang saya ada).

Saya 'line' kan cover dengan mask tape kemudian letakkan stickle di setiap penjuru.

Inilah hasilnya.

Saya juga tambahkan metal book corner

Voila!

At last saya berjaya siapkan juga tab cover saya. Tetapi bila dah pakai 2 hari saya ada rasa tak selesa? kenapa?


Saya akan cuba cari penyelesaiannya... dan update kemudian okay.


Until then, bye.
DinarRani

0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.