Satu lagi projek Hoop Art

/ Leave a Comment
Assalamualaikum dan Hello.



Setelah berbulan-bulan lamanya menangguhkan order dari seorang teman akhirnya saya berjaya juga menyiapkannya di bulan Syawal ini. Sorry la kepada teman tersebut. Setelah melihat saya buat hoop art untuk anak-anak saya, teman saya ini meluahkan rasa nak buat satu untuk anak sulungnya (ketika ini teman tu tak bersalin lagi, saya kira dalam 8bln+ gitu). Disebabkan anak sulungnya adalah perempuan maka warna Merah telah dipilih sebagai tema. OK, setelah halangan  termasuk pindah rumah dan morning sickness yang teruk kali ni dilalui, maka saya nekad  start kan aje projek ni. Pssstttt bayangkan berapa lama projek ini tertangguh sehingga baby teman tersebut sudah 3 bulan lahir. berbulan2 bukan?


Saya telah gunakan gambar di atas sebagai inspirasi hoop art kali ni.
Maka inilah hasilnya..

 Kali ini saya gunakan bunga 5 petals dan menjahit dengan pelbagai teknik embroidery.

Pandangan jarak dekat. Masih banyak teknik jahitan saya perlu baiki.

Saya  juga telah buatkan satu hoop lagi untuk baby 'boy' nya dengan tema yang cukup ringkas.
sebagai hadiah dan tanda sorry. Tak acilah kakak ada tapi si adik tak dapat kan?


untuk nampak masculine, saya gunakan scrap denim dengan bentuk awan dan hujan 'Love'. Penuh dengan kasih sayang gitu...




0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.