Eid Mubarak Gift

/ Leave a Comment
Assalamualaikum/Hello peeps,

Beberapa hari sebelum Ramadhan kami sekeluarga balik ke kampung. Tiba saat nak balik semula ke KL, MIL suruh bawa balik telur masin yang dibeli sekotak (50pcs) daripada pengusaha Bumiputra. Katanya dijamin bersih & suci sebab telur diambil dari penternak melayu & dibasuh dahulu sebelum dijadikan telur masin. Saya ambik 2 biji cukup la. Kami sekeluarga tak ramai. Tapi disebabkan MIL suruh ambik banyak, katanya FIL saja beli banyak mereka bukannya makan pun. Saja beli nak bagi orang. Saya ambik 20 biji. Untuk mak saya 10 dan saya sendiri 10 biji. Tu pun MIL suruh ambik lagi. Saya yang tak mau..segan la plak.

Sampai rumah, saya tenung telur masin tu punyalah banyak jadi wujudlah idea bagi ke rakan-rakan.

bahan-bahan diperlukan

 Mulanya nak guna paper cup untuk minuman. Tinggi, senang nak potong jadikan goblet box. Tapi dah 2 hari keluar masuk kedai tak jumpa2. Pelik. last2 saya beli paper cup untuk buat muffin/cake ni. Potong sudut untuk dijadikan penutup.

Setelah telur dimasukkan, lipat kan 2 sisi kotak seperti di atas.


 Lipat lagi 2 sisi, jadilah penutup.

Tebuk lubang supaya tali boleh dimasukkan. Saya xde gam yang kuat ketika ini maka saya hanya gunakan tali. Saya pakai penebuk lubang yang macam orang tebuk tiket bas zaman dulu-dulu tu.

 Ikatkan tali pada kotak.

Saya nak buat lubang ditengah2 doily paper, dari gambar di atas, penebuk xsampai ke tengah.

Saya lipat 2 doily paper tu dan tebuk separuh sahaja.

 Saya ikat simpul sekali lagi tali tadi.

 Saya masukkan doily paper & tag. Tag yang lawa tu saya download & print di ambik dari Malaysian designer yang kini menetap di Melbourne, Iva Izman. TQ Iva, hasil kerja dia lawa-lawa.


Siap kotak saya. Tapi nampak kosong jek. Alanag2 nak bagi gift baik buat cantik2. barang-barang kraf pun dah lama 'bercuti'.

 Lawa tak? jehhh... Sori xde gambar plak masa buat bunga sebab HP tengah charge & di 'tuankan' oleh anak-anak. Untuk bunga ni saya guna crepe paper sahaja dan dipotong menggunakan die MFT Large Rolled Rose.

 Antara sebab guna crepe paper, saya boleh potong 4 layers sekali arung. Jimat masa saya.
Dan untuk daunya, saya gunakan die Spellbinders Foliage.


Saya pakai die yang berdaun 5 ni.


 Di potong di atas kertas lukisan sahaja. Dan, terus diwarnakan dengan Copic Marker code G99. Satu benda nak bgtahu, saya dah lama sangat tidak pakai copic marker ni. Dah 2 tahun juga la. Tapi ink dia masih baik. Saja nak test balik marker-marker saya ni. Alhamdulillah ok.

 Dah siap attach bunga & daun. Saya gam terus di atas tag. Siap!

 
 Pandangan dekat. Cuma cabaran nak bawa ke ofis jek. Dengan 17 kotak tu.. xboleh nak masuk dalam paperbag nanti terpenyek.

 Godek2 bilik, jumpa kotak ni. Nasib baik simpan.

 Muat 15 ngam-ngam. lagi 2 carry by hand jek.


Mulanya nak bagi kawan-kawan perempuan jek, tapi dah tertanya budak-budak bujang & baru kawin di office makan ke tak telur masin? Aishhh tak sangka dorg memang minat. OK, masuk list jugalah. Takkan bos kami tengok jek? OK, masuk list juga. Pendek cerita 17org yang saya target. Maaflah yang tak dapat tu. Tulah bila MIL suh ambik, ambik je jangan segan2.

Sekian saja entri kali ini.





Cuci rumah

/ Leave a Comment
4 surprising household cleaners
The hidden talents behind all-natural items in your home.
Ready to kill germs without spending a cent? We're all ears. To pull together an arsenal of dream cleaners, domino turned to Dionna Ford and Mandy O'Brien, coauthors of the book Homemade Cleaners, to share four unexpected household ingredients that pack a powerful germ-fighting punch.

castile soap. Made from plant-derived fats (such as olive oil, coconut oil, or almond oil), castile soap is available in both solid and liquid form.
Great for cleaning floors and kitchen counters, and cutting stovetop grease.

baking soda. Chances are you've got a box hiding somewhere in the house. Baking soda is a cleaner, deodorizer, and fabric softener. It also has the strength to neutralize acidity.
Great for eliminating smells from upholstery and garbage cans, and even removing hard water or mildew stains from shower stalls.

distilled white vinegar. A kitchen-staple–turned–bacteria-zapping superhero.
Naturally acidic, distilled white vinegar cuts grease in no time.
Great for disinfecting kitchen counters and shower doors, and removing mold from walls.

hydrogen peroxide. Tucked away in the medicine cabinet, this powerful
oxidizer reveals another side of its brilliance: bleaching and cleaning.
Great for sanitizing the kitchen cutting board, removing bathroom mildew, and fighting stains. 


Product Review : Dmenc

/ Leave a Comment
Assalamualaikum/Hi,

Just nak share one product yang saya terjumpa masa membeli belah di Giant.
Ada 3 bauan tetapi saya pilih Lavender. Harga pengenalan masa saya beli RM9.90.

Click gambar untuk zoom in

Click gambar untuk zoom in

Click gambar untuk zoom In

Baju jadi wangi, rumah jadi wangi. Paling penting baju takde kesan starch dan ia juga Halal. Best juga pakai product ni jika anda tak pakai fabric softner. Saya tibai juga fabric softner & masa iron baju sembur Dmenc.
Powered by Blogger.