Renew old t-shirt

/ Leave a Comment
Assalamualaikum & Hello..

Just nak share something yang saya buat hujung minggu lepas.


T-shirt ni anak saya punya yang mana t-shirt ni saya pernah buat iron-on project ke atasnya semasa kami nak sertai konvoi setahun yang lalu.

Malangnya mungkin saya tersilap teknik atau transfer paper tu tak berkualiti menyebabkan ianya tidak berapa cantik. Paling saya tidak suka adalah bila basuh ia terkeluar kertas-kertas tu (tengok gambar di bawah ni)..


Sayang plak..walaupun baju murah beli kat FOS je. Apa yang saya buat adalah teknik yang dah ramai orang buat. Cuma saya inilah pertama kali mencuba FELT.  Dengan adanya stok felt yang banyak maka saya pun mulakan projek pengubahsuaian.


Lebah ni saya main lukis sahaja di atas felt kuning.
Satu lagi eksperimen, saya gunakan felt yang dibeli di Giant. Betul felt yang keras di Giant tu... Tak tahulah ok ke tidak bila dibasuh dengan mesin. Segalanya saya potong dengan tangan sahaja. Perkataan 'bzzz'' saya jahit dengan embroidery floss (cross-stitch punya benang). Tetiba kemalasan melanda masa menjahit perkataan bzzz tu sebab anak dah mula nak "menolong". Maka, saya nak buat effect terakhir yang dot dot tu.. saya gunakan Sharpie sahaja. hehehe... Tak tahulah ok ke tak bila basuh nanti.

0 comments :

Post a Comment

Powered by Blogger.